Saturday, February 7, 2009

MENCARI DIRI


Meneroka alam ciptaan-Mu Rabb
terlalu indah dan lapang dada
yakin dan pasti engkaulah Maha Agung
dari segala-galanya itu
dan kekal selama-lamanya.

Di sini;
janjinya tetap satu
pasti kekita akan melaluinya
bawa diri mengembara ke alam buana ini
jangan lupa roh perlu diisi dengan makanan zikir
jasad perlu makanan jasmani
kerana setelah pergi untuk patah kembali
tidak mungkin berulang lagi.


Janji-Nya tetap dikota
sebelum runtuh kiamat diri
berteduhlah di bawah gua rohani itu
sebentar lagi mungkin panas mentari
dan hujan batu
akan bergegar lagi dalam makam diri.


Mencari diri di sebalik cermin itu
itulah wajah diri kita yang terperi
yang tidak akan berbohong tetang rupa
walaupun hati mati tetap pergi.